[VIDEO] SEBAK DAN PILU. SAAT TERAKHIR SI SUAMI DIPERTEMUKAN DGN ARWAH ISTERI YG MAUT DLM KEMALANGAN.

Sharing is caring!

 

AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali terakhir di Jabatan Forensik Hospital Melaka (JFHM), Melaka Tengah, hari ini.

Mohd Nazri Kamaruddin, 34, yang patah kedua-dua tangan dan kaki dalam kemalangan yang mengorbankan isterinya itu diberi kesempatan untuk menatap jenazah Allahyarham Siti Sarah Azahari, 34, sebelum dikebumikan.

Malah, pekarangan JFHM diselubungi suasana pilu selepas ahli keluarga dan waris arwah yang tidak dapat menahan sebak bergenang air mata melihat Mohd Nazri, yang terbaring di atas katil mengucup Siti Sarah yang diletakkan di sebelahnya.

Dalam kemalangan di Kilometer 197.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh pada 7 malam semalam Siti Sarah dan pemandu treler P Vedantham, 56, maut di lokasi kejadian.

Loading...

Anak lelaki Siti Sarah, berusia enam tahun yang parah di kepala kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka manakala seorang lagi berusia empat tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, jenazah Siti Sarah yang selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah pada 2 petang terus dibawa ke JFHM untuk dipertemukan dengan suaminya buat kali terakhir.

Seterusnya jenazah ibu kepada dua anak itu dibawa pulang ke rumah keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asam Kumbang, Bemban, Jasin.

Ibu Allahyarham Siti Sarah, Esah Osman, 58, berkata, kali terakhir dia berjumpa Siti Sarah pada cuti perayaan Deepavali lalu, namun anak ketiga daripada enam adik-beradik itu langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Katanya, dia hanya mengetahui kemalangan meragut nyawa anaknya itu pada 11 malam semalam, selepas adik ipar Siti Sarah datang ke rumahnya memaklumkan perkara itu.

“Ketika diberitahu berita duka itu saya dan suami sukar untuk percaya kerana semuanya berlaku secara mengejut. Lima tahun lalu anak kedua kami pergi buat selamanya sekarang anak ketiga pula.

Loading...

Anak kedua meninggal dunia ketika usianya 34 tahun begitu juga dengan Siti Sarah.

“Mungkin saya tak sedar perubahan arwah, tetapi ketika dia mahu pulang ke rumahnya selepas cuti, saya berasa seperti hendak menciumnya yang teramat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, Siti Sarah yang berkhidmat sebagai guru dianggap sebagai seorang anak yang pemurah serta tidak lokek berikutan kerap memberikan wang kepadanya dan suami setiap kali pulang ke kampung.

“Tak sangka cuti Deepavali lalu pertemuan terakhir kami, sebelum ini arwah ada beritahu cuti sekolah akan datang dia tak dapat pulang ke kampung kerana perlu jadi pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan maut itu sedang dilakukan membabitkan pelbagai aspek.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda Jazz dinaiki empat beranak yang dalam perjalanan dari arah Johor ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak treler yang terbabas ke laluannya.

“Siasatan mendapati treler datang dari arah Kuala Lumpur ke Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan memasuki laluan bertentangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kredit : Harian Metro via SinarHariani

 

 

 

[VIDEO] Lelaki Ini Malu Besar Apabila Lamarannya Telah Di Tolak Oleh Kekasihnya di Sebuah Mall, Orang – Orang pun Tertawa Melihatnya. Tapi Siapa Sangka Pada Akhirnya Dia…

 

Baru baru ini, ada satu video orang yang melamar kekasihnya yang sempat panas di internet.

Di dalam video tersebut, ada satu lelaki sedang mempersiapkan rencana pelamaran di mall. Lelaki itu bahkan sampai berteriak memanggil orang orang yang lihat supaya datang memperhatikan pertunjukkan yang akan ia buat itu dan memberikannya sokongan. Tanpa diragukan, banyak orang pun akhirnya datang mengelilinginya untuk melihat.

Loading...

Pada saat itu juga, lelaki itu berlutut, mengambil cincin yang sudah dipersiapkannya dan menyerahkan ke kekasihnya sambil berkata dengan romantis, “Sayang, maukah kamu menikah denganku?” Banyak orang yang menatap dengan takjub, menunggu jawaban dari wanita itu. Tak disangka, ternyata wanita itu menjawab:

“Maaf, tapi aku tidak boleh!”

“Maaf, tapi aku tidak boleh!”

“Maaf, tapi aku tidak boleh!”

“Maaf, tapi aku tidak boleh!”

Lalu wanita itu berbalik dan berjalan meninggalkan kerumunan orang. Pertunjukkan lamaran itu pun seketika kacau sudah.

Kerumunan orang itu akhirnya malah menjadi saksi lamaran yang gagal. Semuanya tertawa terbahak bahak, tertawa sampai membungkukkan badan. Bahkan, mengambil kamera HP dan mencoba mengabadikan momen yang menurut mereka tidak biasa itu.

Puluhan lelaki dan wanita hanya menjadi penonton dalam tragedi penolakan lamaran pernikahan tersebut, tetapi hanya ada satu lelaki tanpa menghiraukan orang lain, maju mendekati lelaki yang mengalami kejadian memalukan itu, berjabat tangan dan memberikan pelukan hangat.

Ternyata, ini hanya sebuah eksperimen sosial. Lelaki yang memohon cinta seorang wanita di dalam video tersebut adalah seorang artis di internet dan dikenal dengan sebutan Aka Fredo.

Dia berharap video ini dapat memberikan pesan yang bermakna untuk teman teman di internet. Jangan menghina orang yang sedang dalam kesedihan, kita terlalu mudah untuk melihat tragedi yang dialami oleh orang sebagai lelucon belaka, tapi itu sebenarnya sangat menyakitkan.

Di kerumunan banyak orang di mall, tidak disangka ternyata hanya satu orang yang bersedia untuk memberikan sokongan dan empati, sungguh ironis.

Di akhir video, Aka Fredo pulang ke rumahnya, mengambil cincin berliannya kepada kekasihnya. Keduanya hidup dengan damai dan bahagia.

Yuk, langsung simak video nya.

 

 

Lelaki Ini Menemui Benda Misteri Mirip Potongan Lidah Manusia di Pantai. Tak Disangka, Peneliti Mengatakan Benda Tersebut Rupa-rupanya Adalah..

 

Baru-baru ini, seorang perenang asal Australia menemukan benda aneh di SouthBeach. Ia pun memposting foto benda aneh tersebut di facebook yang mengundang perhatian para netizen.

Di dalam foto terlihat benda ini berwarna merah muda panjangnya sekitar 3 inci, permukaannya ada bintik-bintik yang mencuat keluar seperti permukaan lidah manusia!

Loading...

Beberapa netizen terkejut setelah melihat foto ini dan berkomentar, 「seperti terputus lidahnya!」

Ada juga yang menebak, 「aku rasa itu lidah aslinya, pasti karena gigitan hiu yang bikin lidahnya terputus.」 Beberapa orang juga ada yang menganggapnya sebagai karang.

Akhirnya Dr. Jane Fromont, kepala zoologi laut di Western Australia Museum menjelaskan bahwa benda aneh itu adalah sejenis hewan laut bernama ascidian atau sea squirt.

Bunga-bunga putih kecil pada permukaannya menunjukkan satu individu dari sea squirt. Mereka dari tunas lalu berkembang biak. Hewan laut ini diam dan menempel di bebatuan. Jadi, mereka tidak dapat bergerak sama sekali hanya dapat bergoyang mengikuti arus air.

Sepintas, menggelikan atau menakjubkan?

Sumber: hottimes

Di kemaskini dan Di olah Oleh : Kisah Benar Media Network

Sharing is caring!

Loading...